Sunday, March 25, 2007

KHAIRY LARIS!

Sejak kemunculan Khairy Jamaluddin (KJ) dalam arena politik negara ini, ramai yang gusar akan kehadirannya samada dalam UMNO sendiri dan secara tak langsung KJ telah menjadi satu bahan ujian atau kajian untuk menguji kekukuhan dan kestabilan kerajaan pada masa kini. Secara tak langsung ahli-ahli UMNO sendiri pun ada yang tidak bersetuju akan kehadiran mengejut KJ dalam UMNO. Ini terbukti dalam Perhimpunan Agung UMNO semasa KJ dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO di mana KJ buat pertama kalinya telah melakar sejarah sebagai Ahli UMNO pertama yang di"boo" dalam Perhimpunan Agung UMNO. Ini berikutan perlantikan KJ sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dan menang tanpa bertanding. Adakah sebagai menantu kepada Pak Lah satu kelebihan yang ada pada KJ? Bagi kita sebagai manusia biasa mungkin "ya" jawapan kita. Mungkin isu ini adalah ujian pertama KJ dalam arena politik dan isu pertama untuk dijadikan bahan ujian untuk menguji Pak Lah.

Namun KJ telah menunjukkan bahawa beliau memerlukan Pak Lah untuk belajar dan panduan untuk beliau terus berjaya dalam politik beliau. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kekuatan Pak Lah adalah KJ..tapi mengapa kita tak terfikir bahawa KJ amat memerlukan Pak Lah untuk politiknya sendiri dan perjuangannya sendiri. Saya juga percaya bahawa setiap insan yang bernama pemimpin ada perjuangan masing-masing. Walaupun sama tujuan tapi langkah atau cara pasti berbeza. Begitu juga KJ, perjuangan beliau jauh berbeza walaupun sama-sama sebagai ahli UMNO. Beliau masih muda tapi bukan budak mentah dalam politik. Walaupun masih belajar namun telah ada perjuangan yang tersendiri. Semangat perjuangan KJ semakin menonjol dengan kehadiran MYTEAM. Ini adalah perjuangan yang telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Mana tidaknya MYTEAM adalah program realiti untuk mencungkil bakat-bakat dalam bola sepak yang terpinggir dan belum dapat apa-apa latihan secara profesional namun program ini dipandang sebagai satu program atau rancangan untuk menjatuhkan kerajaan terutamanya FAM. Mengapa ini terjadi? Mungkin KJ telah menjadi bahan ujian untuk menguji kekuatan kerajaan Pak Lah.


Ada beberapa artikel yang saya dapat tahu yang mengatakan bahawa KJ rapat dengan Anwar Ibrahim. Saya tak pasti sejauh mana keakraban KJ dengan Anwar. Namun bagi pendapat saya, sekali lagi kita perlu buka minda, mengapa kita perlu pertikaikan keakraban 2 insan dalam aspek persaudaraan Mungkin dari sudut politik ada ancaman umpama musuh dalam selimut. Namun saya juga percaya masing-masing ada persiapan tersendiri untuk mempertahankan diri dalam politik. Tapi disebalik realitinya, KJ dan Anwar hanya pernah berjumpa sebanyak 2 kali sahaja. Adakah itu boleh merapatkan anwar dengan KJ? Perjuangan KJ dengan perjuangan Anwar jauh sama sekali. Perjuangan KJ hanya menumpukan sepenuhnya kepada orang melayu yang mejadi asas perjuangan UMNO. Perjuangan KJ adalah perjuangan baru dalam UMNO. Malah ada ahli-ahli UMNO sendiri pun kurang faham dengan perjuangan KJ. Mungkin ini satu kelebihan yang ada pada KJ selaku anak muda yang mempunyai peluang untuk meneruskan asas perjuangan UMNO dengan cara tersendiri.
Isu-isu KJ yang berkaitan dengan Maya Karin dan tangkap basah. Saya tak nak sentuh dengan terperinci isu ini kerana bukan saya tak ada infomasi mengenai isu ini tapi saya hanya perlukanorang yang mengeluarkan artikel-artikel ini menunjukkan bukti sebenar terutamanya bergambar. Setakat cakap, "everyone can talk", namun mana bukti sebenar. So kepada yang berkenaan tunjukkan lah bukti terlebih dahulu. Jika tidak ada baik diam sahaja.

Isu perpecahan rumah tangga KJ dengan Nori? Adakah mereka mengalami masalah rumahtangga? Ada pihak yang mengatakan KJ dengan Nori dah tidak sebumbung dan sehaluan lagi. Berita sebegini merupakan salah satu lagi ujian buat KJ. Sebenarnya tidak ada apa-apa masalah antara KJ dan Nori. Masing-masing memahami antara satu sama lain. Kemungkinan isu ini akan terlerai penghujung tahun ini. Sama-sama kita nantikan.

Semenjak KJ aktif dalam politik, telah wujud 25 buah buku yang dikarang semata-mata untuk keuntungan peribadi dan ada juga dijadikan salah satu bahan untuk menjatuhkan Pak Lah dan KJ sendiri. Namun kesemua buah buku yang dikeluarkan tidak langsung menggangu-gugat kestabilan KJ dalam politik. Pencetak dan penjual buku tersebut sahaja yang untung hasil jualan yang berlipat kali ganda. Kestabilan Kj terus utuh. Mengapa ini terjadi kepada KJ? Walaupun di cemuh, di hina dan difitnah telah menguatkan lagi kedudukan KJ? Inilah perjuangan KJ sebagai anak muda yang mempunyai wawasan dan patut dicontohi.




No comments: