Tuesday, April 3, 2007

TERIMA KASIH CEUPACS..



Disini saya tertarikh berkenaan dengan isu kenaikan gaji yang dipohon oleh Cuepac..Ini berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Cuepacs yang mendapati kira-kira hampir 800 ribu kakitangan awam terpaksa membuat kerja sambilan semenjak 15 tahun lalu. Kebanyakan kakitangan adalah dari kumpulan sokongan atau yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan terdorong untuk melakukan kerja sambilan semata-mata untuk menampung kos hidup yang semakin tinggi.

Keprihatinan Cuepacs telah menarik minat saya untuk mengucapkan terima kasih dah tahniah atas usaha untuk menjaga kebajikan kakitangan awam khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Walaupun kerajaan belum lagi meluluskan permohonan tersebut namun pelbagai agenda telah diatur oleh Cuepacs sekiranya permohonan menaikkan gaji kakitangan awam tidak diluluskan antaranya ialah akan membawa isu ini ke mesyuarat kongres yang akan diadakan pada bulan Mei 2007 ini. Ini adalah usaha keras Cuepacs kerana sudah 15 tahun gaji tidak disemak oleh pihak tertentu.

Usaha yang dilakukan ini adalah kerana bimbang akan kakitangan awam yang berpendapatan rendah tidak dapat menumpu perhatian pada kerja mereka sekali gus akan menganggu tahap penyampaian dalam sektor awam.

Semua kakitangan awam diharap akan menunggu keputusan permohonan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 22 Mei 2007 sempene sambutan Hari Buruh Peringkat Kebangsaan.

1 comment:

Anonymous said...

Saya Sokong..

Aku pn nk ucapakan terima kasih kat pihak yang berkenaan sebb ambil perhatian bab gaji para pekerja kita.Ikut dari artikal ni,mmg ramai pekerja kerajaan kita still buat kerja diluar waktu pejabat sebb nk menampung perbelajaan kita yang makin tinggi.Tapi aku rasa pihak Ceupacs pn kene pantau syarikat2 swasta sebb setengah dari dowang ni tak mengukit akta pekerja.Waktu Lebih masa (OT)tak dibayar gaji,kalau balik awal tak dibenarkan.KEsian tgk pekerja2 ni,terutamanya pekerja wanita.so, aku harap ada tindakan yg diambil oleh pihak berwajib supaya rakyat malaysia kita tak makan hati walaupun gaji bulan2 masuk pokek.