Sunday, March 25, 2007

KHAIRY - PM KE-2 @ MENTERI KEWANGAN KE-3


Artikel ini diterbitkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulung yang membangkitkan penafian Saudara KJ mengenai pilihanraya ke-12 menyamai penafian yang dibuat oleh TPM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Ini telah menimbulkan persoalan siapakah Khairy Jamaluddin? Perdana Menteri ke? Bagi pendapat saya, tidak salah Saudara KJ menyentuh isu pilihanraya akan datang. Pilihanraya ke-12 adalah matlamat dan perjuangan saudara KJ yang terdekat dalam tempoh ini. Jadi persiapan KJ mesti dibuat awal bagi memastikan beliau mencapai matlamat berdasarkan perjuangan parti.

Ulasan KJ mengenai ekonomi negara dari perspektif kerajaan juga turut dipertikaikan oleh sesetangah pihak yang konfius siapa Khairy Jamaluddin? Adakah beliau Menteri Kewangan ke- 3 sehingga mampu memberi ulasan tentang ekonomi dengan panjang lebar.. Apa salahnya isu ini dikhabarkan oleh pihak yang tahu kepada masyarakat. Bukan hanya orang yang berkaitan dengan kewangan sahaja yang boleh menyentuh isu ekonomi. Itulah kelebihan saudara KJ berpengetahuan luas walaupun bukan bidang tugasnya. Itu juga membuktikan keberanian beliau dalam perjuangan beliau selaku anak muda yang hebat.

LETUPAN BESAR - KHAIRY

Saya tertarik tentang artikel yang berkaitan dengan saudara KJ yang menjangkakan akan meletus letupan dalam parti pembangkang untuk pilihan akan datang. Jangkaan ini dijelaskan kerana parti pembangkang telah gagal untuk berkerjasama dan sepakat untuk menentukan calon pilihanraya akan datang. Adakah ini satu strategi parti pembangkang untuk menarik perhatian UMNO dan BN? Mungkin ini juga satu konspirasi untuk pembangkang mengetahui apakah matlamat dan strategi UMNO dan BN untuk pilihanraya akan datang. Walaubagaimana, saudar KJ yakin akan sokongan yang ada pada beliau sendiri dan juga pimpinan atasan. Saudara KJ juga tetap meneruskan perjuangan nya walau terdapat beberapa pakatan yang ingin menjatuhkan beliau bagi menjamin letupan yang beliau jangkakan pasti terjadi. Parti pembangkang dan parti kompanen BN kini sedang berusaha untuk membukti sokongan dan memperolehi kemenangan dalam pilihanraya kecil DUN Machap, Melaka. Saudara KJ dan jentera kini mungkin sedang bertungkus lumus untuk memastikan pilihan raya kecil Machap mencapai matlamat yang di inginkan.

KHAIRY LARIS!

Sejak kemunculan Khairy Jamaluddin (KJ) dalam arena politik negara ini, ramai yang gusar akan kehadirannya samada dalam UMNO sendiri dan secara tak langsung KJ telah menjadi satu bahan ujian atau kajian untuk menguji kekukuhan dan kestabilan kerajaan pada masa kini. Secara tak langsung ahli-ahli UMNO sendiri pun ada yang tidak bersetuju akan kehadiran mengejut KJ dalam UMNO. Ini terbukti dalam Perhimpunan Agung UMNO semasa KJ dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO di mana KJ buat pertama kalinya telah melakar sejarah sebagai Ahli UMNO pertama yang di"boo" dalam Perhimpunan Agung UMNO. Ini berikutan perlantikan KJ sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dan menang tanpa bertanding. Adakah sebagai menantu kepada Pak Lah satu kelebihan yang ada pada KJ? Bagi kita sebagai manusia biasa mungkin "ya" jawapan kita. Mungkin isu ini adalah ujian pertama KJ dalam arena politik dan isu pertama untuk dijadikan bahan ujian untuk menguji Pak Lah.

Namun KJ telah menunjukkan bahawa beliau memerlukan Pak Lah untuk belajar dan panduan untuk beliau terus berjaya dalam politik beliau. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kekuatan Pak Lah adalah KJ..tapi mengapa kita tak terfikir bahawa KJ amat memerlukan Pak Lah untuk politiknya sendiri dan perjuangannya sendiri. Saya juga percaya bahawa setiap insan yang bernama pemimpin ada perjuangan masing-masing. Walaupun sama tujuan tapi langkah atau cara pasti berbeza. Begitu juga KJ, perjuangan beliau jauh berbeza walaupun sama-sama sebagai ahli UMNO. Beliau masih muda tapi bukan budak mentah dalam politik. Walaupun masih belajar namun telah ada perjuangan yang tersendiri. Semangat perjuangan KJ semakin menonjol dengan kehadiran MYTEAM. Ini adalah perjuangan yang telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Mana tidaknya MYTEAM adalah program realiti untuk mencungkil bakat-bakat dalam bola sepak yang terpinggir dan belum dapat apa-apa latihan secara profesional namun program ini dipandang sebagai satu program atau rancangan untuk menjatuhkan kerajaan terutamanya FAM. Mengapa ini terjadi? Mungkin KJ telah menjadi bahan ujian untuk menguji kekuatan kerajaan Pak Lah.


Ada beberapa artikel yang saya dapat tahu yang mengatakan bahawa KJ rapat dengan Anwar Ibrahim. Saya tak pasti sejauh mana keakraban KJ dengan Anwar. Namun bagi pendapat saya, sekali lagi kita perlu buka minda, mengapa kita perlu pertikaikan keakraban 2 insan dalam aspek persaudaraan Mungkin dari sudut politik ada ancaman umpama musuh dalam selimut. Namun saya juga percaya masing-masing ada persiapan tersendiri untuk mempertahankan diri dalam politik. Tapi disebalik realitinya, KJ dan Anwar hanya pernah berjumpa sebanyak 2 kali sahaja. Adakah itu boleh merapatkan anwar dengan KJ? Perjuangan KJ dengan perjuangan Anwar jauh sama sekali. Perjuangan KJ hanya menumpukan sepenuhnya kepada orang melayu yang mejadi asas perjuangan UMNO. Perjuangan KJ adalah perjuangan baru dalam UMNO. Malah ada ahli-ahli UMNO sendiri pun kurang faham dengan perjuangan KJ. Mungkin ini satu kelebihan yang ada pada KJ selaku anak muda yang mempunyai peluang untuk meneruskan asas perjuangan UMNO dengan cara tersendiri.
Isu-isu KJ yang berkaitan dengan Maya Karin dan tangkap basah. Saya tak nak sentuh dengan terperinci isu ini kerana bukan saya tak ada infomasi mengenai isu ini tapi saya hanya perlukanorang yang mengeluarkan artikel-artikel ini menunjukkan bukti sebenar terutamanya bergambar. Setakat cakap, "everyone can talk", namun mana bukti sebenar. So kepada yang berkenaan tunjukkan lah bukti terlebih dahulu. Jika tidak ada baik diam sahaja.

Isu perpecahan rumah tangga KJ dengan Nori? Adakah mereka mengalami masalah rumahtangga? Ada pihak yang mengatakan KJ dengan Nori dah tidak sebumbung dan sehaluan lagi. Berita sebegini merupakan salah satu lagi ujian buat KJ. Sebenarnya tidak ada apa-apa masalah antara KJ dan Nori. Masing-masing memahami antara satu sama lain. Kemungkinan isu ini akan terlerai penghujung tahun ini. Sama-sama kita nantikan.

Semenjak KJ aktif dalam politik, telah wujud 25 buah buku yang dikarang semata-mata untuk keuntungan peribadi dan ada juga dijadikan salah satu bahan untuk menjatuhkan Pak Lah dan KJ sendiri. Namun kesemua buah buku yang dikeluarkan tidak langsung menggangu-gugat kestabilan KJ dalam politik. Pencetak dan penjual buku tersebut sahaja yang untung hasil jualan yang berlipat kali ganda. Kestabilan Kj terus utuh. Mengapa ini terjadi kepada KJ? Walaupun di cemuh, di hina dan difitnah telah menguatkan lagi kedudukan KJ? Inilah perjuangan KJ sebagai anak muda yang mempunyai wawasan dan patut dicontohi.




Saturday, March 24, 2007

WAJARKAH KHAIRY BERUNDUR DARI ARENA POLITIK?


Khairy Jamaluddin adalah nama yang bukan asing lagi dalam arena politik negara kita. Namanya gah naik selepas dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO selepas pilihanraya 2004.

Namun timbul persoalan setelah lama melibatkan diri dalam arena politik negara ini. Paling besar persoalannya adalah adakah wajar Khairy meneruskan karier dalam poltik? Ramai pihak berpendapat adalah tidak wajar untuk Khairy melibatkan diri dalam politik. Mungkin pandangan ini disebabkan Khairy adalah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah Badawi serta diperkuatkan lagi oleh isu-isu yang telah menggugatkan status Khairy dalam politik. Atau adakah kemunculan Khairy secara tiba-tiba dalam politik ini disebabkan Pak Lah?

Anda fikirkan...


Bagi pendapat diri ini berfikiran enjoy, Khairy masih diperlukan dalam poltik negara ini. Khairy adalah seorang pemuda yang boleh diharapkan untuk meneruskan kesinambungan politik negara. Ketabahan Khairy menangani isu-isu yang melibatkan keperibadiannya telah menarik perhatian ramai untuk menyokong dibelakang beliau. Contohnya isu beliau dengan Maya Karin, walaupun isu ini telah hangat diperkatakan satu masa dulu namun sekarang Khairy masih stabil dengan imej dan statusnya sebagai seorang pemimpin muda.


Dalam politik, Khairy mempunyai peranan dan strategi sendiri..Usahanya semnajk ini tidak tertumpu pada golongan tua dan lama...banyak program yang melibatkan Khairy adalah untuk pemuda-pemuda dan belia-belia di negara ini. Jadi tumpuan Khairy sekarang adalah belia-belia yang akan menyokongnya pada masa akan datang. Sebagai contoh, Khairy telah berusaha menarik perhatian rakyat Malaysia dengan kewujudan Program Realti "MyTeam". Program ini jelas sekali membukti Khairy mempunyai strategi untuk menarik belia sebagai penyokong beliau. Dengan usaha Khairy untuk merealisasikan bekas-bekas pelatih MyTeam untuk bermain dalam Liga Malaysia maka wujudnya UPB MyTeam. Disini kita dapat lihat usaha yang begitu kuat. Walaupun beliau menantu kepada PM, namun kita cuba lihat dari usaha beliau. Adakah dia mengharapkan orang lain?


Bagi menguatkan kedudukannya dalam arena politik ini, Khairy sekarang cuba menguasai sebahagian pemuda di negara ini dengan menumpukan seluruh perhatian di kawasan PM serta negeri-negeri di sekitar Pulau Pinang. Adakah isu-isu akan datang mampu menggugat beliau? Adakah status menantu kepada PM ini akan menjadi halangan untuk berjaya dalam politik?

Kita hanya mampu menunggu, Khairy akan buktikan.