Saturday, March 24, 2007

WAJARKAH KHAIRY BERUNDUR DARI ARENA POLITIK?


Khairy Jamaluddin adalah nama yang bukan asing lagi dalam arena politik negara kita. Namanya gah naik selepas dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO selepas pilihanraya 2004.

Namun timbul persoalan setelah lama melibatkan diri dalam arena politik negara ini. Paling besar persoalannya adalah adakah wajar Khairy meneruskan karier dalam poltik? Ramai pihak berpendapat adalah tidak wajar untuk Khairy melibatkan diri dalam politik. Mungkin pandangan ini disebabkan Khairy adalah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah Badawi serta diperkuatkan lagi oleh isu-isu yang telah menggugatkan status Khairy dalam politik. Atau adakah kemunculan Khairy secara tiba-tiba dalam politik ini disebabkan Pak Lah?

Anda fikirkan...


Bagi pendapat diri ini berfikiran enjoy, Khairy masih diperlukan dalam poltik negara ini. Khairy adalah seorang pemuda yang boleh diharapkan untuk meneruskan kesinambungan politik negara. Ketabahan Khairy menangani isu-isu yang melibatkan keperibadiannya telah menarik perhatian ramai untuk menyokong dibelakang beliau. Contohnya isu beliau dengan Maya Karin, walaupun isu ini telah hangat diperkatakan satu masa dulu namun sekarang Khairy masih stabil dengan imej dan statusnya sebagai seorang pemimpin muda.


Dalam politik, Khairy mempunyai peranan dan strategi sendiri..Usahanya semnajk ini tidak tertumpu pada golongan tua dan lama...banyak program yang melibatkan Khairy adalah untuk pemuda-pemuda dan belia-belia di negara ini. Jadi tumpuan Khairy sekarang adalah belia-belia yang akan menyokongnya pada masa akan datang. Sebagai contoh, Khairy telah berusaha menarik perhatian rakyat Malaysia dengan kewujudan Program Realti "MyTeam". Program ini jelas sekali membukti Khairy mempunyai strategi untuk menarik belia sebagai penyokong beliau. Dengan usaha Khairy untuk merealisasikan bekas-bekas pelatih MyTeam untuk bermain dalam Liga Malaysia maka wujudnya UPB MyTeam. Disini kita dapat lihat usaha yang begitu kuat. Walaupun beliau menantu kepada PM, namun kita cuba lihat dari usaha beliau. Adakah dia mengharapkan orang lain?


Bagi menguatkan kedudukannya dalam arena politik ini, Khairy sekarang cuba menguasai sebahagian pemuda di negara ini dengan menumpukan seluruh perhatian di kawasan PM serta negeri-negeri di sekitar Pulau Pinang. Adakah isu-isu akan datang mampu menggugat beliau? Adakah status menantu kepada PM ini akan menjadi halangan untuk berjaya dalam politik?

Kita hanya mampu menunggu, Khairy akan buktikan.

1 comment:

Anonymous said...

Salammmm and very gud morning !!! : )
heh..pagi-pagi lagi member aku sorang ni dh suh buka blog dia,ceh..nak suh aku komen la tu..heheh :8P k la,Encik ..... (takleh buh nama dia ni,sensetip..huhu) aku pepagi ni, dh baca blog ko,anyway, aku sokong gk apa yg ko ckp, sekang ni kita memerlukan org baru,idea baru, dan pemimpin baru..yang akan membawa kepada langkah baru. Biarla apa org nk kata, "Khairy ni itu la.." , " Khairy ni ini la... " aler...org becakap pn sebb dia org dekat ngn PM kita, cuba kalo dia org biasa, masuk politik tadela org nk hentam kaw2!! ni kira bonusla Khairy oiii sebb hang anak menantu PM kita. Sabaq la noo...
erm...apa yg aku taula,dari sumber2 yg boleh dipercayai,Khairy ni org dia cool,tade nk cepat glabah...biasala..tambah g muke nsem,ramaila nk dekat. Tang kes Maya Karin ni,tu mmg tak dinafikan la..dia mmg ada kawan ngn Artis laWa ni...tapi dh jadi lumrah dunia,kot kalo org cantik kawan ngn org nsem..for sure ada yg dengki hati.. ( jgn mare yea Ms. KHairy :)
Berkenaan "MY Team" yg ditubuhkan oleh KHairy pula,memula ramai org hentam,ada yg tak setuju..kata "Mengabihkan boghehhhh yoo" tapi tgk skang ni, pasukan muda kita dh mara satu tapak ke tingkat yang boleh di banggakan. Dh 10 tahun nagara Malaysia kita dahagakan satu "ComeBack" kearah kegemilangan Bola Sepak Malaysia, diharapkan dengan pasukan muda ini dapat memberi sinar baru sekaligus membuktikan usaha Pemimpin muda saudara Khairy dpt membuahkan hasil.